Wednesday, October 27, 2010

Mencari Agama ....

Salam...
1. Ketika itu saya berusia 25 tahun. Saya bertemu dengan buku yang bertajuk "Correspondence between Maulana Maudoodi and Maryam Jameelah" di perpustakaan Universiti Malaya.
2. Buku ini adalah permulaan erti saya menjadi penganut Islam yang memahami ertinya agama ini.
3. Saya malu membaca surat yang penuh dengan pengertian dan kupasan tentang agama Islam oleh seorang penganut yahudi. Maryam Jameelah pada ketika masih dalam agama asalnya lebih memahami Islam dari saya sendiri.
4. Surat menyurat beliau dengan Maulana Maudoodi dibukukan dan saya membacanya dengan lapar sekali.
5. Saya banyak belajar dan terus belajar daripada saat itu.
6. Bacalah buku ini jika anda menemuinya. Sarat dengan maklumat dan membuka minda.

Rgds
Liz

Sunday, August 29, 2010

Apalah yang dikejar manusia di dalam hidup yang teramat singkat ini?

Salam,

1. Saya mendapat sms daripada seorang sahabat. Sms berbinyi begini "lahir manusia disambut dengan azan dan matinya disembahyangkan". Itulah singkatnya gambaran kehidupan ini hanyalah antara azan dan sembahyang.
2. Terasa gerun di hati saya sambil mengiyakan sms yang diterima.
3. Apalah yang saya kejar di dalam hidup yang singkat ini? Kadangkala mengumpat orang, kadangkala mahu berlumba kekayaan, kerap juga rasa tidak puas hati dengan kejayaan orang lain. Selalu nampak kekurangan dan jarang nampak kelebihan yang Allah bentangkan di hadapan mata.
4. Ntahlah....
5. Harapnya Ramadhan ini mendidik saya lebih bersyukur dan fokus kepada tujuan asal saya yang pada awalnya sanggup menjadi khalifah di muka bumi ini. Ameen.

Rgds
Liz

Saturday, July 24, 2010

Hilang hak Penjagaan Anak

Salam to all.

1. Saya simpati kepada mana2 wanita yang hilang hak penjagaan anak. Tak kiralah apapun puncanya.
2. Hati saya menjadi tak keruan bila mengenangkan ada wanita yang kehilangan hak ini.
3. Bagaimanakah mereka meneruskan kehidupan tanpa anak2 di sisi? Muramnya malam mereka.
4. Saya cuba menyelami perasaan ibu2 ini. Saya rasa sebak dan hiba.
5. Dalam masa yang sama, saya lebih memahami banyak kekuatan dan kegembiraan hidup saya adalah kerana anak2 bersama saya.
6. Tanpa mereka hidup saya tiada makna langsung.

Rgds
Liz

Saturday, July 17, 2010

Harga Barangan Naik

Salam to all.

1. Saya pasti ramai yang 'kecewa' dengan kenaikan harga barang. Yalah! anda berhak mempunyai perasaan.
2. Saya fikir kenaikan 5 barangan utama ini akan mengakibatkan banyak lagi barangan 'siap' akan naik juga. Silap-silap barangan yang tidak ada kena mengena juga naik. Takpalah.
3. Mulai esok saya mahu meneliti kembali pengambilan gula keluarga. Mungkin akan mula mengajar anak2 merasa makanan yang kurang gula.
4. Kenaikan harga petrol pula, saya berazam akan merancang perjalanan keluarga dengan lebih baik. Jika boleh kami akan mengambil LRT atau bas awam.
5. Setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin juga dengan cara penjimatan, kita lebih bersyukur kepada nikmat Allah.
6. Kita semua berhak membuat pilihan. Untuk terus kecewa atau menerima keadaan dengan sedikit perancangan.

Rgds
Liz

Monday, May 17, 2010

ALHAMDULLILAH

Salam.

1. Hari ini hari Isnin bersamaan 17 May 2010.

2. Alhamdullilah, saya masih lagi bernyawa. Saya masih lagi mempunyai anggota yang lengkap. Anak2 masih lagi bersama saya. Makanan masih lagi ada. Tekak pula masih berselera.

3. Ayah saya masih lagi ada di kampung untuk saya menabur bakti. Negara kita yang tercinta aman. Kita masih boleh ke mana sahaja tanpa perlu berfikir dua kali.

4. Alhamdullilah, suami saya bersama saya. Saya dapat memeluknya dengan penuh perasaan selamat.

5. Jika semalan saya berbuat dosa, hari ini masih ada untuk saya memohon keampunan.

6. ALHAMDULILLAH. Semoga saya dapat memenafaatkan hari ini.

Rgds
Liz

Monday, May 10, 2010

Umrah 2020

Salam,

1. Saya, keluarga dan bersama 14 orang kenalan akan mengerjakan umrah pada sekitar april 2020.
2. Saya fikir pada ketika itu kemungkinan mengerjakan umrah akan menelan belanja sebanyak RM 10 ribu seorang.
3. Jadi saya perlu menyimpan sebanyak RM 50 sebulan untuk mengumpul sebanyak RM 10 ribu seorang. Kami mempunyai 10 orang ahli keluarga, maknanya kena simpan RM 500 sebulan. Untuk permulaan nilah. Saya percaya dalam masa 10 tahun ada anak2 yang akan menabung sendiri.
4. Anyway i'm excited.
5. Semoga Allah memberkati usaha saya untuk ke Mekah pada tahun 2020.

Rgds
Liz

Sunday, May 9, 2010

Yang Kalah Tak Semestinya Mangsa

Salam to all...

1. Anak2 kadangkala berkonfrontasi dengan sesama sendiri.

2. Oleh kerana mereka berkonfrontasi di belakang kita, agak sukar untuk mengetahui yang mana yang betul dan mana yang salah.

3. Senario setiap kali agak sama, yang menangis atau kalah akan datang mengadu. Yelah! sebagai ibu, kita tak sanggup melihat anak bersedih dan menangis.

4. Maka dengan segala darah pahlawan yang mengalir dalam diri kita, kitapun cenderunglah menghukum pihak yang satu lagi.

5. Tanpa berfikir panjang, kita selalu mengandaikan pihak menangis itu adalah mangsa dan yang membuatnya menangis adalah pemangsa.

6. Maka pemangsa 'wajib' dihukum. Dan kesiannya mangsa.

7. Walaubagaimanapun, setelah menjadi ibu selama 15 tahun ini saya mula menemui sesuatu yang penting. Yang menangis rupanya bukanlah sentiasa mangsa. Mereka kadangkala adalah pemangsa yang lemah. Sebab itulah mangsa dapat mematahkan serangannya.

8. Pemangsa ini kecewa kerana mereka kalah, maka mereka menangis. Seronoklah mereka kadangkala apabila melihat mangsa mereka  dimarahi. Kemenangan berpihak kepada mereka akhirnya.

9. Jadi, kesimpulannya mudah, yang kalah dan menangis bukanlah setiap kali mangsa.

10. Saya dengan ini mengesa ibubapa, jika anak2 anda ditimpa kesusahan di luar rumah anda perlu berfikir sejenak sebelum membuat apa2 kesimpulan.

11. Kemungkinan anak anda yang kelihatan seperti mangsa sebenarnya adalah pemangsa yang tewas.

Rgds
Liz